Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasai dunia ini sangat kecil. Kehidupan ini sangat luas. Nabi sebut dalam hadis yang dirawayatkan oleh Iman Muslim, Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita di dalam dunia ini, Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga, kemudian dia dikeluarkan, lalu ditanya, "wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita di dunia?", dia jawab "tak, aku tak pernah rasa derita di dunia". Lihat kalian, hanya kerana dimasukkan sekelip mata ke dalam syurga, kita lupa akan derita dunia. Allah ambil manusia yang paling nikmat di dunia ini, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka, lalu dikeluakan dan ditanya, "pernahkah kau berasa nikmat di dunia?", lalu dijawab, "tak, aku tak pernah ada nikmat dalam hidup ini". Hanya dengan satu celupan ke dalam neraka, kita lupa akan segalan nikmat di dunia.
No comments:
Post a Comment