Wednesday 18 January 2012

Duit Vs Ilmu

Kita akan selalu ingat duit yang banyak tetapi lama-lama kita akan melupakannya...

tetapi

Kita akan selalu lupa ilmu yang banyak tetapi bila kita dapat ingat, kita akan ingat sampai bila-bila.. 

Wednesday 23 November 2011

3 pilihan



Yahya bin Mu'aadz berkata : "Jadikanlah bagian orang mukmin daripadamu 3 macam supaya tergolong orng yang baik iaitu:


>>> Jika kau tidak dapat menguntungkan kepadanya maka jangan merugikannya (merosakkan)
>>> Jika engkau tidak dapat menyenangkan maka jangan menyusahkan
>>> Jika engkau tidak memujinya maka jangan mencelanya




Friday 18 November 2011

Renungan Bersama # Part 1

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasai dunia ini sangat kecil. Kehidupan ini sangat luas. Nabi sebut dalam hadis yang dirawayatkan oleh Iman Muslim, Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita di dalam dunia ini, Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga, kemudian dia dikeluarkan, lalu ditanya, "wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita di dunia?", dia jawab "tak, aku tak pernah rasa derita di dunia". Lihat kalian, hanya kerana dimasukkan sekelip mata ke dalam syurga, kita lupa akan derita dunia. Allah ambil manusia yang paling nikmat di dunia ini, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka, lalu dikeluakan dan ditanya, "pernahkah kau berasa nikmat di dunia?", lalu dijawab, "tak, aku tak pernah ada nikmat dalam hidup ini". Hanya dengan satu celupan ke dalam neraka, kita lupa akan segalan nikmat di dunia.

Thursday 3 November 2011

My Happiest Moment

Terkenang gambar sweet ni.. semua ceria sama ada budah kecik, sedang atau yang dah beso2 

kenangan ini membuatkan kita senyum hari ini..

walaupun hari ini hidup kita tidak ceria seperti semalam

untuk itu

pastikan lah hidupmu ceria dan bahagia

kerna

hari ini lebih baik dari hari semalam... pe ntah merepek.. Layannnn...


dulu-dulu
dah beso jadi cmni pula

p/s: ditaja oleh...

Wednesday 12 October 2011

10 Surah

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi 
kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


p/s: copy and paste dr blog iamnnurin